Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Tuesday, December 7, 2010

Ubah persepsi negatif peminat - Shabery


Skuad kebangsaan yang sedang berjuang di Piala Suzuki AFF 2010 dekat Indonesia diletakkan harapan yang tinggi untuk mara ke separuh akhir bagi mengubah persepsi yang kerap memandang rendah keupayaan bola sepak Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, masih belum terlambat buat pemain skuad Harimau Malaya kembali bangkit dengan cuba mencatatkan kemenangan penting ke atas Laos, malam ini.

''Atas kertas kita mungkin boleh menang ke atas Laos tetapi saya lihat masih banyak perkara yang tidak menentu pada skuad negara.

''Saya harap anak-anak buah K. Rajagobal mampu bagi yang terbaik untuk menang ke atas Laos dan paling penting mengubah pandangan orang ramai yang masih tidak yakin dengan bola sepak negara, '' katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet Paralimpik yang akan bertanding di Sukan Para Asia Guangzhou, China pada 12 hingga 19 Disember ini di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Skuad kebangsaan akan menentang Laos pada pukul 8.30 malam ini dalam usaha mendapatkan tiket ke separuh akhir dan pada masa sama mengharapkan Indonesia menyekat Thailand memungut tiga mata.

Shabery dalam masa yang sama turut berpandangan corak permainan Malaysia masih mempamerkan beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera oleh Rajagobal.

''Pada perlawanan dengan Thailand baru-baru ini, walaupun kita berjaya mencuri satu mata saya perhatikan aspek hantaran dan stamina masih terlalu jauh daripada piawaian yang kita harapkan.

''Tidak seperti Laos, saya dapati hantaran dan corak serangan mereka lebih positif cuma yang sedikit menggembirakan saya adalah pertahanan kita yang dilihat lebih baik.

''Saya doakan pasukan negara akan menang semasa berdepan Laos dan mengharapkan skuad tuan rumah mengalahkan Thailand ,'' ujarnya lagi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...