Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Saturday, December 4, 2010

Bangkit melawan - Aidil

Perit melihat kekalahan awal di Piala Suzuki AFF yang sedang berlangsung, ketua pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak mahu rakan pasukan membaiki setiap kelemahan untuk mengejutkan Thailand, hari ini.

Aidil yang terlepas peluang ke Jakarta ekoran kecederaan, tidak melihat kekalahan itu menghalang kemaraan Malaysia, sebaliknya dia meniup semangat supaya setiap ahli skuad bimbingan K. Rajagobal itu memberi yang terbaik dalam pertarungan seterusnya.

"Baiki kesilapan dan tidak mustahil kita mampu mengejutkan Thailand malam ini."

"Kita masih berpeluang, seperti mana yang kita lakukan di Sukan SEA, tahun lalu malah Thailand sendiri hanya seri dengan Loas dalam perlawanan pembukaan lalu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi fotografi bersama kembarnya, Zaquan Adha di gedung pakaian sukan, Mizi Sports Centre, semalam.

Menyaksikan perlawanan menentang Indonesia, Rabu lalu, Aidil memberitahu, pengalaman menjadi salah satu kelemahan terbesar skuad Malaysia.

"Kita mempunyai beberapa pemain senior sahaja yang beraksi kali ini dan sebahagian besarnya kekurang pengalaman dan baru beraksi buat pertama kali di Piala Suzuki AFF.

"Oleh itu, saya mengharapkan mereka meningkatkan mentaliti dan paling penting semangat berpasukan dalam skuad, serta jangan ulangi kesilapan lalu," jelasnya.

Sementara itu, Zaquan yang juga penyerang kebangsaan, tidak menyalahkan barisan pertahanan negara terhadap aksi pembukaan yang memalukan itu.

"Mungkin apa yang saya katakan ini hanya alasan tetapi saya tidak berasa barisan pertahanan perlu disalahkan kerana kami sendiri pernah berada di situasi itu.

"Kita cuma tidak mempunyai pemain yang tetap tetapi aksi kita di awal perlawanan agak baik namun malangnya bertemu Indonesia di tempat mereka, yang juga mempunyai pemain import dan kelebihan sekali gus milik mereka," jelasnya.

Zaquan yang turut sama dihimpit kecederaan turut mahukan skuad negara mempamer aksi terbaik menentang Thailand malam ini.

Pasangan kembar yang semakin pulih dari kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) itu akan menghadiri karnival mini Mizi Sports Centre di cawangan Sri Gombak, Batu Caves, hari ini.

Selain cawangan di sini, Mizi Sports turut menawarkan jualan murah untuk kesemua produk di premis Senawang, Seremban, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...