Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Thursday, December 2, 2010

Skuad negara diundang

Pasukan lebuh raya Malaysia terus mendapat peluang untuk meraih pengiktirafan selepas gagal pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel yang lalu setelah menerima jemputan menyertai Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) atas tiket pasukan kebangsaan bersama Afrika Selatan dan Korea Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh berkata, untuk kejohanan tahun depan, pihaknya akan menjemput tiga pasukan kebangsaan iaitu Malaysia, Korea Selatan dan Afrika Selatan bagi memeriahkan cabaran untuk perlumbaan edisi ke-16 bermula di Pulau Langkawi pada 2011.

“Pada peringkat perbincangan awal, ada beberapa pasukan kebangsaan seperti Iran,

China, Indonesia dan Kazakhstan berada dalam senarai jemputan.

“Bagaimanapun, selepas terima nasihat pelbagai pihak termasuk Pengarah Teknikal LTdL 2011, Jamaluddin Mahmood, kami akan jemput skuad negara, Korea Selatan dan Afrika Selatan untuk berlumba pada LTdL 2011.

“Kita tidak jemput pasukan kebangsaan Iran kerana kita bakal melihat bayangan juara klasifikasi pasukan keseluruhan LTdL 2010 iaitu pasukan Tabriz Petrochemical Cycling Team (TPT).

“Pasukan ini adalah sebuah pasukan yang sangat kuat kerana mempunyai beberapa pelumba yang handal seperti Ghader Mizbani, Mehdi Sohrabi, Hossein Askari dan Andrey Mizourov.

“Manakala China dan Indonesia tidak mempunyai barisan pelumba yang kuat. Jadi kami berpendapat jemputan kepada pasukan kebangsaan Malaysia, Korea Selatan dan Afrika

sudah memadai.

“Pengurusan LTdL 2011 juga mungkin mengundang Terengganu Cycling Asia Team (TCT) dan Le Tua Cycling Team untuk bertarung dalam kategori Asia dengan syarat wajib mempunyai sekurang-kurangnya tiga pelumba tempatan,” kata Mohamed dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pengurusan LTdL 2011 kini menaruh harapan yang sangat tinggi kepada pasukan kebangsaan biarpun gagal pada enam kejohanan utama yang pernah disertai.

“Mengikut tradisinya pasukan kebangsaan belum pernah berada pada kelompok lima pasukan teratas dalam klasifikasi pasukan keseluruhan Le Tour de Langkawi dan saya berharap senario itu akan berubah, tahun depan.

“Saya tidak mahu letakkan sebarang tekanan kepada pasukan kebangsaan, malah selepas berlatih di Melbourne atas ehsan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mereka perlu berani hadapi hakikat bahawa ramai pihak berharap mereka akan berjaya dalam setiap pertandingan yang disertai,” tegasnya.

Sebelum ini, CEO LTdL 2011 itu mendesak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) agar segera membentuk dan mencari sekurang-kurangnya tiga pendaki bukit yang kuat bagi menghadapi kejohanan edisi ke-16 itu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...