Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Saturday, December 11, 2010

Hoki, menembak sah tersenarai


Hoki dan menembak sah disenaraikan sebagai sukan baru dalam program Road To London, ekoran prestasi cemerlang sukan tersebut sepanjang tahun ini.

Dua sukan baru itu menyertai senarai awal acara badminton, berbasikal dan terjun sebagai acara yang diharapkan dapat menyumbang pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Dalam masa yang sama, memanah yang sebelum ini disenaraikan ke program yang sama, masih tidak diketahui nasibnya dan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou, lima sukan tersebut menghadiahkan pingat emas serta perak, selain tidak pernah menghampakan negara.

''Sukan-sukan ini akan diberi keutamaan untuk menyertai kejohanan besar, untuk memberi pendedahan kepada mereka beraksi dengan atlet bertaraf dunia.

''Hoki dan menembak berpotensi untuk melakukan yang lebih baik selepas ini jika diberi perhatian khusus,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Sebelum ini, empat jenis sukan disenaraikan dalam program Road to London iaitu badminton, berbasikal, memanah dan terjun.

Ahmad Shabery berkata, status sukan memanah untuk terus disenaraikan, masih di peringkat perbincangan.

''Sebelum ini kita letakkan memanah sebagai salah satu sukan dalam program ini, namun dinilai semula akibat prestasi goyah.

''Kita akan berjumpa atlet memanah serta pihak persatuan untuk berbincang mengenai masalah mereka hadapi,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...