Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Friday, December 3, 2010

Kita sasar 8 emas Sukan Para Asia 2010

Kontinjen Malaysia menyasar lapan pingat emas dalam penyertaan sulung Sukan Para Asia di Guangzhou, China yang akan bermula pada 12 hingga 19 Disember ini .

Ketua kontinjen negara, Datuk Dr. Ramlan Aziz berkata, sasaran tersebut dilihat munasabah memandang kontinjen negara menyertai buat pertama kali serta cabaran yang menanti setiap atlet di sana.

"Sedia maklum atlet kurang upaya (OKU) melalui situasi yang mencabar bukan sahaja untuk mempamerkan prestasi tinggi malah pengurusan diri di sana.

"Ini kerana penjagaan rapi perlu dilakukan terhadap mereka dan kita merasakan lapan pingat emas yang disasarkan cukup munasabah dalam konteks aksi pertama kali ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Sukan Para Asia di sini, semalam.

Jelasnya, lapan pingat emas yang disasarkan itu adalah menerusi sukan badminton, renang, olahraga, tenpin boling serta memanah.

Malaysia akan membawa kontinjen seramai 175 orang termasuklah 116 atlet yang akan beraksi dalam 168 acara menerusi 15 jenis sukan.

Sukan Para Asia kali ini akan mempertaruhkan 445 pingat.

"Harus diingat Sukan Para Asia ini pertama kali diadakan dan kita tidak tahu untuk menjangkakan apa-apa malah ia turut berbeza dengan Sukan FESPIC.

"Hanya program-program yang diselia oleh Majlis Paralimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara menjadi penanda aras prestasi kita setakat ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...