Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Saturday, December 11, 2010

Tidak perlu pemain asing

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia tidak bercadang untuk menggunakan sentuhan pemain luar mewakili negara, khususnya dalam pasukan bola sepak kebangsaan.

Menurutnya, Malaysia tiada keperluan untuk mengikut trend negara jiran yang menggunakan khidmat pemain asing yang diberi kerakyatan penuh, seperti mana dalam kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF, yang telah menamatkan saingan peringkat kumpulan.

Beliau berkata, tanpa kelibat pemain asing, skuad kebangsaan tetap menunjukkan keupayaan apabila layak peringkat separuh.

''Kami tidak bercadang untuk mengikut negara lain yang melakukan sedemikian ketika Piala AFF Suzuki, kerana kemampuan pemain tempatan tetap dibanggakan.

''Salah satu sebab mengapa kita tidak mengunakan khidmat pemain asing adalah kita mahu pemain kita meningkatkan prestasi mereka sehingga mencapai tahap terbaik. Ia memberi kesan yang amat bagus kepada negara dalam jangka masa panjang nanti,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Beliau menjawab soalan wakil media Indonesia mengenai kemungkinan Malaysia menggunakan khidmat pemain bola sepak dari luar untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Malaysia layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF dan skuad bimbingan K. Rajagobal bakal bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Disember ini sebelum bertandang ke negara juara Piala AFF 2008 itu pada 18 Disember.

Mengenai peluang Malaysia, Ahmad Shabery yakin skuad kebangsaan dapat mengunakan pengalaman menewaskan Vietnam di Sukan SEA tahun lalu, untuk menghadapi skuad bimbingan jurulatih Henrique Calisto

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...