Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Wednesday, December 1, 2010

Malaysia ke suku akhir skuasy Dunia

Pasukan skuasy wanita negara mengesahkan tempat ke suku akhir apabila mencatat kemenangan kedua menewaskan Kanada 3-0 dalam saingan Kumpulan D Kejohanan Berpasukan Skuasy Wanita Dunia 2010 di Palmerston North, New Zealand, semalam.

Skuad Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan tidak berhadapan masalah untuk mengetepikan cabaran Kanada (pilihan ke-12) apabila mencatat kemenangan pertama menerusi Sharon Wee yang mudah mengalahkan Stephanie Edmison 11-6, 11-8, 11-7 dalam masa 33 minit.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Nicol David yang turun ke gelanggang selepas itu, membuktikan kehebatannya setelah hanya memerlukan masa 26 minit untuk menumpaskan Miranda Ranieri dalam perlawanan straight set 11-9, 11-3, 11-4 bagi mata kedua Malaysia.

Delia Arnold melengkapkan kemenangan 3-0 buat negara setelah dia menewaskan Alex Norman 11-7, 11-8, 12-10.

Kelmarin, srikandi wanita negara itu telah mencatat kemenangan pertama ke atas Hong Kong dengan keputusan 3-0.

Hari ini mereka bakal turun menghitung pertemuan dengan pasukan tuan rumah New Zealand yang turut mencatat dua kemenangan mengalahkan Kanada dan juga Hong Kong dengan keputusan 3-0.

Sekiranya mahu berada dalam kedudukan selesa, Malaysia perlu mencatat kemenangan ke atas New Zealand untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi mengelakkan laluan yang lebih berliku ke separuh akhir.

Pasukan yang muncul naib juara Kumpulan D bakal berhadapan sama ada lawan dari Mesir (pilihan ketiga), Australia atau pun juara bertahan, England.

Sementara itu, England dan pilihan kedua kejohanan, Australia juga tidak berhadapan masalah untuk melepasi halangan lawan masing-masing dalam saingan peringkat Kumpulan A dan B

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...