Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Wednesday, December 8, 2010

Skuasy: Azlan beri tentangan

Jaguh No. 1 negara, Mohd. Azlan Iskandar memberi tentangan paling sengit, termasuk mengheret juara dunia empat kali, Amr Shabana dalam pertarungan satu jam, 5 minit sebelum tersingkir di pusingan ketiga kejohanan skuasy Terbuka Dunia di Al Khobar, Arab Saudi, semalam.

Azlan, 28, memaksa penyandang juara itu berhempas pulas pada setiap set walaupun akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4-11, 8-11, 12-10, 11-7, 5-11, sekali gus menamatkan cabaran Malaysia pada kejohanan 2-10 Disember itu.

Meskipun gagal dalam misi memburu tiket ke separuh akhir buat kali pertama, namun juara Sukan Asia itu mempamer persembahan terpuji dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Sunset Beach Resort.

Azlan, pilihan ke-14 menunjukkan semangat juang tinggi, termasuk bangkit daripada ketinggalan dalam dua set pertama, sekali pun bukan saja terpaksa menentang Shabana, malah sebahagian besar penonton yang memberikan sokongan kepada bekas pemain No. 1 dunia dari Mesir itu.

Pemilik tiga kejuaraan antarabangsa 2010 itu berjaya menyelamatkan dua mata perlawanan di set kelima, sebelum membenarkan Shabana memenangi saingan selepas melakukan pukulan rendah di bawah garisan.

"Dari awal lagi saya sedar Azlan adalah lawan yang sukar dan dia telah mengalahkan saya ketika kali terakhir kami bertemu, malah hari ini dia tampil dengan permainan yang lebih baik daripada yang saya jangkakan. Menentang Gregory di suku akhir juga tidak mudah tetapi saya sudah bersedia untuk menentang pencabar yang lebih sukar,'' kata Shabana.

Shabana, 31, akan menentang seorang lagi bekas pemain No. 1 dunia, Gregory Gaultier dari Perancis yang dipaksa mengharungi pertarungan paling panjang dalam kejohanan setakat ini iaitu 93 minit sebelum menyingkirkan juara dunia dua kali, David Palmer dari Australia 9-11, 11-7, 11-8, 11-2 dalam pusingan ketiga

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...